HyProBulkSMS...Penyelesaian Kepada Masalah Kewangan Anda!!!

Komisyen 100%

Thursday, June 17, 2010

Reseller HyProBulkSMS

Entri kali ini, saya akan terangkan secara terperinci tentang cara-cara untuk menyertai syarikat sebagai Affiliator dan seterusnya memperolehi komisen yang lumayan.




Bagaimana cara untuk menyertai program Reseller HyProBulkSMS?
Apa yang anda perlu lakukan adalah membeli mana-mana pakej HyProBulkSMS seperti yang telah diterangkan dalam entri lalu dan dengan itu secara automatik anda akan menjadi Reseller HyProBulkSMS. Setiap pakej mempunyai kelebihan tertentu. Anda berhak untuk memilih mana-mana pakej yang sesuai dengan kemampuan tanpa paksaan. Walaupun pakej yang dipilih murah namun sekiranya usaha cekal yang diberikan berterusan pasti mampu mengaut keuntungan yang tinggi. Modal besar bukan satu jaminan pulangan besar kerana program ini adalah PERNIAGAAN BUKAN PELABURAN.

Apakah komisyen yang bakal diterima sebagai Reseller HyProBulkSMS?
Reseller HyProBulkSMS akan menerima 4 Bonus hebat iaitu:
  1. Hyper Referral Income (HRI) : 50% - 100% (Infiniti - selagi ada tajaan)
  2. Hyper Loyalty Income (HLI) : 40% (Infiniti - selagi ada tajaan & terhad untuk kaki A dan B Powerline anda.
  3. Hyper Withdrawal Income (HWI) : RM4 sehingga level ke-10
  4. Hyper Teknokrat Income (HTI) : RM50 - RM100 (Pendapatan terkumpul dari tabung Teknokrat kepada TEKNOKRAT sahaja.)


Bagaimana cara menerima bonus?
Semua bonus akan dimasukkan ke dalam Ep-Wallet. Bonus ini boleh dikeluarkan pada setiap minggu (jika ada). Hari terakhir membuat pengeluaran adalah pada hari Jumaat jam 11.59 malam. Bonus akan dimasukkan ke dalam akaun anda selewat-lewatnya hari Rabu.



Apakah syarat untuk membuat pengeluaran bonus?
Pengeluaran bonus perlu mencapai syarat berikut:
  1. Anda perlu menaja sekurang-kurangnya 3 orang untuk pakej Extreme 250 dan 2 orang untuk pakej Extreme 500 & Extreme 1000.
  2. Jumlah minimum pengeluaran adalah RM250.
[Nota: Pengeluaran boleh dikeluarkan MINGGUAN tanpa TERHAD! Setiap pengeluaran wajib ditolak Auto Maintain]

Berapakah jumlah pemotongan Auto Maintan yang perlu dibuat?
Setiap kali anda membuat pengeluaran bonus, anda akan dikenakan potongan sebanyak RM130.
  • Auto-Maintain Kredit SMS : RM75
  • Bonus Withdrawal : RM40
  • Bonus Teknokrat : RM10
  • Caj Admin : RM5

Bagaimana Syarikat membuat keuntungan?
  • Pendapatan dari jaringan (network)
  • Penjualan SMS
  • Pendapatan dari kemasukan kaki A dan B Powerline: RM25/50/100/400/500
[Nota: Kredit SMS akan dimasukkan pada bulan berikutnya mengikut pakej yang dipilih]


Berapakah jumlah kredit SMS auto-maintain?
Jumlah kredit SMS auto-maintain adalah bergantung kepada pakej.
  • Extreme 250 : 375 SMS (20 sen)
  • Extreme 500 : 500 SMS (15 sen)
  • Extreme 1000 : 750 SMS (10 sen)
Maka kepada sesiapa yang berminat, anda hanya perlu KLIK DI SINI

Tuesday, June 15, 2010

Catatan Kak Adeq

Alhamdulillah hari ini Kak Adeq dimaklumkan dengan berita gembira dari kedua-dua adik yang masing-masing belajar dalam aliran Diploma Kejuruteraan Awam dan Mekatronik di mana kedua-duanya mendapat keputusan yang boleh dibanggakan. Bagi adik yang menyambung Integrasi Diploma Kejuruteraan Awam keputusan CGPAnya 3.21 adalah di luar jangkaan. Manakala, adik bongsu yang meneruskan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik untuk pertama kalinya hit 3.03 semester ini. InsyaAllah...boleh diperbaiki dengan usaha, kesungguhan, doa dan tawakal. Syukur...

Terasa kepuasan menyelinap hingga ke ulu hati. Mungkin perkara ini biasa bagi orang lain, tapi bagi Kak Adeq inilah harga kepada sekelumit pengorbanan selama ini. Tambahan pula bila tanggungjawab ini diamanahkan oleh orang tua sejak meninggalkan alam universiti. Walaupun berdasarkan turutan pangkat keluarga Kak Adeq asalnya bukan calon pilihan untuk digalaskan segala tugas-tugas ini, namun percaturan hidup dan ketentuan Tuhan tidak dapat disangkal.

Berbeza sungguh dengan prinsip yang didukung ayah. Masih kukuh diingatan drama luka ayah bila menatap slip keputusan SRP 1990 anak lelaki sulungnya. Jelas sekali harapannya hancur berderai bila anak yang diharap-harap gagal melakar kejayaan. Beremosi ayah mengungkap kekecewaan 'Anak perempuan tidak akan mampu membantu keluarga, ayah dah putus harap!!!' Bicara ayah dengan nada yang amat kecewa.

Kak Adek yang duduk di tangga hanya mampu menyaksikan drama kecewa penuh duka itu. Berusia 9 tahun dan adik bongsu Ieyma baru lahir 26 Oktober 1990 dan Ani masih berhingus dengan umur baru 2 tahun. Kedua-duanya tak mungkin dapat memahami keadaan itu begitu juga dengan Kak Adeq yang ketika itu sekadar mampu bertanya 'Kenapa ayah menangis?' dan 'Kenapa anak perempuan tidak boleh membantu keluarga?'. Entah bagaimana persoalan itu seolah-olah melekat dalam minda dan benak pemikiran Kak Adeq. Walau jenuh ditepis masih menghantui kehidupan seharian Kak Adeq.

Penat akal dan hati saling berdebat mencari penyelesaian kepada persoalan yang seolah-olah dah berakar umbi dalam kepala Kak Adeq. Semakin hari semakin penat mencari jawapan dan akhirnya kesimpulan akal dan hati mendapat kata sepakat untuk membuktikan bahawa 'Tidak kira anak lelaki atau anak perempuan, asal faham tanggungjawab, asal mampu jadi orang yang berjaya..InsyaAllah..mampu berbakti membantu meringankan beban keluarga."

Kak Adeq tanam azam..hari demi hari Kak Adeq buktikan melalui pencapaian akademik di sekolah. Walaupun hakikatnya Kak Adeq bukan dari kalangan yang ber'IQ' tinggi tapi yang pasti keazaman Kak Adeq tinggi. Tiada siapa yang berada di kiri kanan memberikan galakan dan sokongan moral. Tuisyen jauh sekali, study-up di rumah adalah dilarang keras. Andai ada kerja sekolah harus pastikan kerja itu diselesaikan di sekolah juga. Bila sampai ke hari anugerah terasa bangga bila tersenarai antara pelajar cemerlang tapi kemudiannya kejayaan itu dipandang sepi oleh ayah. Walaupun sebenarnya setiap kejayaan yang diperolehi itu memang ditujukan khas buat ayah. Keras sungguh perinsip ayah...Tapi hati kecil selalu memujuk. Ayah mungkin berbangga tapi dia sengaja tidak mahu menunjukkan secara berdepan dengan Kak Adeq. Itulah ego seorang ayah.

Melangkah ke sekolah Menengah Rendah, ego diri semakin tinggi. Bukan mendabik dada tapi dalam fokus mengejar impian cuba mencipta kejayaan demi kejayaan untuk dibuktikan kepada ayah. Walaupun hakikat kejayaan itu hanya dibalas dengan sedikit senyuman di wajah ayah namun itu semua sudah memadai. Alhamdulillah berkat gigih cikgu yang mengajar keputusan UPSR di sekolah rendah dulu menjadi pemangkin dalam meningkatkan keyakinan diri untuk mengorak langkah.

Berkat keputusan UPSR juga melayakkan Kak Adeq untuk menerima bantuan kewangan Biasiswa Kecil Persekutuan. Nilainya RM 300 setahun. Besar nilai itu di mata Kak Adeq. Cukup untuk digunakan bagi membayar segala yuran dan baju sekolah untuk pengajian satu tahun. Tapi ajaran ayah, anak-anak tidak boleh pentingkan diri. Sedikit harus dikongsi sama sedikit. Ingatan Kak Adeq tidak jelas pada siapa yang Kak Adeq kongsikan wang biasiswa tersebut. Tapi jelasnya wang itu diserahkan pada ayah untuk ayah agih-agihkan bagi menjelaskan yuran sekolah masing-masing.

Terkenang kembali zaman Kak Adek tingkatan dua sangat popular dengan baju sekolah dari kain poliester. Cantik bila dipakai. Sebabnya susah warna putih itu menjadi kusam. Namun keinginan itu Kak Adeq pendam. Untuk apa pembaziran tambahan pula baju tingkatan satu masih elok dipakai. Mahu tidak mahu Kak Adeq pendamkan sahaja hasrat itu. Bila melihat adik-adik menyarung baju sebegitu semasa adik-adik di sekolah menengah terlancut juga lidah Kak Adeq mengatakan kemewahan adik-adik. Bukan kemewahan sebenarnya sebaliknya lebih kepada kelebihan adik-adik.

Keputusan PMR yang diumumkan memang menggemparkan. Bukan sahaja pihak sekolah malahan diri Kak Adeq sendiri. Alhamdulillah..Terbayang lagi di ingatan reaksi ayah setelah mendengar keputusan yang Kak Adek perolehi. Akhirnya, tidak sia-sia usaha Kak Adeq selama ini. Ayah akur pada satu keadaan yang 'mungkin anak perempuan ini boleh mencorakkan kehidupan keluarga ini kelak'.

MRSM bukan impian, tapi sebenarnya lebih kepada penyelesaian pergolakan dalam diri Kak Adeq. Inginkan kehidupan yang aman dan tenteram dan lebih berdikari memaksa Kak Adeq berkeras dengan keputusan. Walaupun pada awalnya ayah seolah-olah tidak mengizinkan. Tapi kredit Kak Adeq berikan kepada kawan-kawan sekerja ayah yang berjaya meyakinkan ayah prospek masa depan di MRSM jauh lebih baik.

Akhirnya ayah beri kata dua. Kalau Kak Adeq sudah berkeras ayah izinkan tapi jangan berhenti di separuh jalan. Nanti malu ayah nak menjawab pada orang kampung. Kak Adeq sahut cabaran itu. Bukan prospek masa depan matlamat utama tapi sejujurnya Kak Adeq mahu lari dari pergolakan keluarga yang seolah-olah tiada kesudahan. MRSM mengajar Kak Adeq bebas membuat keputusan dalam hidup. Namun jiwa Kak Adeq tidak bebas seperti di kampung. Pengajian menjadi terlalu mencabar dan terlalu sukar. Setiap peperiksaan dan ujian meletakkan Kak Adeq dalam senarai pelajar yang harus dibantu hinggakan ada di kalangan guru-guru yang berputus asa dengan Kak Adeq. Hilang segala rentak hilang segala semangat. Jiwa Kak Adeq terkurung antara pagar sekolah. Berdepan dengan kawan-kawan yang setiap 24 jam sentiasa bersaing membuatkan Kak Adeq seringkali tersungkur. Akhirnya igauan ngeri menjadi kemuncak bila mana keputusan Percubaan SPM diumumkan Kak Adeq hanya mampu memperolehi 3 Gagal untuk subjek elektif Bio, Fizik, Kimia dan 8 untuk Matematik Tambahan. Paling memilukan bila hanya mendapat 6 bagi Bahasa Melayu yang selama ini 1 atau 2. Apa yang berlaku? Memberanikan diri menelefon ayah yang sudah sedia maklum dengan keputusan itu setelah dihubungi oleh cikgu 'homeroom'. Jelas kedengaran kecewa di suara garau ayah. Terkesima Kak Adeq seketika.

Barulah Kak Adeq sedar yang sudah agak jauh Kak Adeq tersasar dari landasan dan matlamat Kak Adeq. Berkat kesedaran itu, keputusan SPM sebenar memberangsangkan. Pertama kali jatuh dan bangun sendiri. Ada hikmatnya yang tersembunyi. Sekurang-kurangnya ini panduan untuk hari esok.

Dengan keputusan itu Kak Adeq merencana dalam kepala tentang ke mana hala tuju Kak Adeq. Akhirnya setelah dinilai dari segi kos pengajian Matrikulasi Kementerian menjadi pilihan. Aliran? Sudah tentulah aliran Sains Hayat. Sebab dalam diam hati dan akal bersatu mencipta pilihan untuk mengekalkan cita-cita pilihan ketiga yang pernah tercatat dalam buku rekod sekolah rendah bahawasanya cita-cita bila besar nanti akan menjadi seorang; pertamanya cikgu, kedua jurutera dan ketiga doktor.

Kak Adeq harapkan langit cerah rupa-rupanya hujan turun di tengah hari. Surat tawaran yang menyatakan Kak Adeq berjaya melanjutkan pelajran ke Matrikulasi dalam Aliran Sains Hayat diajukan kepada ayah akhirnya menerima tamparan maha hebat. Kata-kata ayah umpama menghiris hingga ke tangkai hati. "Ayah tidak mampu! Tunggu sehingga ayah ada duit". Ya Allah besarnya ujian ini. Tapi riak wajah Kak Adeq tidak berubah menerima jawapan ayah. Yang meraung kesakitan hanya hati. Yang menangis teresak hanya hati. Kelam masa depan. Prinsip Kak Adeq peluang yang nyata di depan mata itu adalah realiti yang mungkin ditakdirkan datang sekali dalam kehidupan ini. Jangan menggantungkan harapan pada sesuatu yang tidak jelas.

Dalam kesakitan mengira hari pendaftaran yang makin hampir dan tidak mungkin Kak Adeq lalui sekali lagi Allah mendatangkan semula peluang itu bila mana boss tempat Kak Adeq bekerja menawarkan diri untuk membantu. Dan di sini bermulanya episod pentingkan diri yang Kak Adeq selalu tekankan kepada adik-adik. Malu?? Memang malu tapi apakah ada jalan yang lain?Teringat pada abang dan kakak yang berkerja namun semua itu tidak memberikan kesan kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang sudi bertanya. Bila ayah bersetuju dengan cadangan boss, siap ada yang menentang kerana MALU. Hati dan akal sudah tidak ada perasaan lagi. Janji matlamat menyambungkan pengajian tercapai.

Dengan segala ranjau dan kepayahan itu Kak Adeq lulus cemerlang. Tiga semester memegang title Pelajar Terbaik Aliran Sains Hayat memberikan kelebihan untuk Kak Adek semakin hampir dengan cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Sayangnya, perancangan Allah itu lebih molek. Ayah menafikan sekerasnya niat Kak Adeq dengan alasan tempoh pengajian yang lama dan sekali lagi kos pengajian yang tinggi. Kali ini Kak Adeq terpaksa akur. Tapi paling merungsingkan isu kos pengajian peringkat ijazah juga berbangkit. Siapa yang hendak menanggung kos beribu-ribu itu. Timbul pula konflik di kalangan adik-adik ayah merangkap ibu dan bapa saudara kita yang konon-kononnya ayah bergadai tanah untuk kepentingan pengajian Kak Adeq. Aduh! sekali lagi Kak Adeq teruji. Ayah secara terang memang tidak akan bersetuju dengan tindakan itu. Dan Kak Adeq memang tidak tergamak langsung untuk mencadangkan idea gila seperti itu.

Cabaran lagi...Nasib baik terbaca maklumat dalam surat khabar yang mengatakan kepada mana-mana calon yang permohonannya berjaya untuk meneruskan pengajian di peringkat Universiti boleh memperolehi 'advance' dari BCB Bank dari PTPTN. Terus Kak Adeq mengajak ke cawangan terdekat di Taiping. Ayah yang tidak tahu menahu mengikut sahaja tanpa banyak bicara.

Permohonan Kak Adeq lari dari impian sebenar. Melompat kursus dari perubatan ke kejuruteraan memang idea gila yang Kak Adeq ambil. Minat?? Tidak sama sekali. Tapi sebab TERPAKSA BERJAYA. Hati sentiasa merintih. Semuanya jadi sukar. Semuanya tidak mengena. Keputusan Semester 1 amat mengejutkan. Namun pengalaman jatuh dahulu menjadi panduan. Berjerih bangun akhirnya dapat jua menyelesaikan Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Semasa melangkah meninggalkan kampus pada hari terakhir diri telah pun menanam azam. Hilang peluang untuk menjadi doktor tapi itu bukan bermaksud tidak berpeluang memegang 'title' Dr....InsyaAllah....suatu hari nanti...

Jatuh bangun tidak pernah kedekut untuk Kak Adeq kongsikan dengan adik-adik. Tapi sayangnya, adik-adik tidak mengambil iktibar dari liku-liku kehidupan yang pernah melanda diri Kak Adeq. Ikutkan kata emak, ikutkan kata ayah, ikutkan kata adik-beradik lain memang banyak halangannya. Semuanya akan menekankan masalah DUIT. Bukan Kak Adeq mahu ingkar kata, namun kadang-kadang agak kesal bila mana mereka terlupa tentang kepentingan ilmu. Malahan dalam mahu menegakkan kepentingan ilmu itu entah untuk berapa juta kali Kak Adeq berdosa kerana menyebabkan emak mengalirkan air mata. Ampunkan Adeq! Hanya Tuhan yang tahu niat sebenar Kak Adeq.

Bila mana berjaya dalam mendapatkan jawatan yang baik memang Kak Adeq telah berazam untuk cuba memastikan bahawa adik-adik tidak melalui ranjau yang sama. Mungkin ada yang berkata pelaburan ini sia-sia. Kak Adeq relakan. Kepercayaan Kak Adeq kepada janji Tuhan yang mana bahawa setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Sebab itu tiada syarat besar diletakkan atas pelaburan Kak Adeq kecuali bila adik-adik layak meneruskan pengajian Kak Adeq berkeras mahu adik-adik terus melangkah. Janji adik-adik akur pada syarat itu.

Tapi bila umur meningkat semuanya berubah. Masing-masing ada haluan diri masing-masing. Dengan berat hati terpaksa Kak Adek relakan. Harapan Kak Adeq jangan di suatu masa nanti terdetik di hati adik-adik penyesalan yang tiada kesudahan. Waktu itu, nasi sudah menjadi bubur. Wallahualam...

Panduan & Teknik Mendidik Anak Cemerlang

Anak-anak merupakan salah satu dari anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Setiap daripada ibu bapa yang telah diamanahkan dengan anugerah indah ini diberatkan untuk membimbing insan kecil ini sehingga menjadi khalifah yang cemerlang. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat mencorakkan warna-warna indah terhadap kehidupan anak-anak.

Dasar-dasar keibubapaan telah jelas diutarakan oleh rujukan utama kita Al-Quran & As-Sunnah. Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain.."
Riwayat Bukhari & Muslim

Dasar utama keibubapaan di dalam Islam adalah untuk membina anak-anak yang cemerlang. Anak-anak ini yang kemudiannya akan membawa warisan agama yang dikagumi dihormati dan menjadi contoh kepada semua manusia sejagat.


Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Andai diajukan soalan ini kepada ibu bapa, nyatanya jawapan yang diberikan berbeza-beza dan sangat subjektif. Keadaan berlaku kerana ramai ibu bapa kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hakikatnya tiada satu modul yang telah dibangunkan khas untuk pendidikan anak-anak. Rata-rata ibu bapa mempunyai fahaman dan budaya sendiri dalam isu mendidik anak-anak. Paling membimbangkan bila mana kebanyakan ibu bapa mengambil pendekatan mudah tanpa mengambil kira kesan kepada anak-anak untuk jangkamasa panjang.

Mungkin ada di kalangan ibu bapa pernah bersemuka dengan senario-senario berikut bila berdepan dengan anak-anak dalam kehidupan sehari-harian.


Situasi 1: Di meja makan

Pesan si ayah kepada anak kecilnya, "Kakak..habiskan nasi dalam pinggan tu...kalau tak abah tak bagi tengok T.V.." Ujar si bapa kepada anak kecilnya. Jika dilihat dari perspektif pembaziran, tindakan si bapa harus dipuji kerana mengajar anaknya mengamalkan jimat cermat kerana kita akur pada keadaan membazir itu amalan syaitan. Namun untuk jangka masa panjang ianya boleh mendatangkan masalah obesiti kepada si anak kecil . Keadaan ini berlaku kerana tanpa disengajakan satu 'mindset' telah tertanam dalam minda anak kecil itu tadi bahawasanya "apabila makan, MESTI kena dihabiskan!"


Situasi 2: Di rumah

Pn. Liza seorang suri rumah sepenuh masa. Melayan karenah anak-anak kecil yang sedang aktif bermain sangat memenatkan. Anak sulung yang berusia 5 tahun bijak bertindak sebagai abang cuba membantu menjaga 2 orang adiknya. Jadi bila adik dahaga si abang cuba meringankan kerja ibunya dengan ke dapur untuk mengambil minuman untuk si adik. Tapi niat baiknya kadang-kadang menambahkan kerja Pn. Liza. Masakan tidak. Asal tuang minuman banyaklah yang tumpah ke lantai. Sekali sehari mungkin boleh diterima. Tapi andai 5-6 kali sehari makin bertambah kerja. Maka bagi mengelakkan si abang sibuk di dapur Pn. Liza mengadakan cerita. "Abang duduk la dapur lama-lama, ada hantu kat sana...TAKUTTTTT!!!!" penuh beremosi Pn. Liza bercerita ditambah dengan kesan bunyi khas....Maka abang yang berani mulai takut. Kesan jangka pendek; rumah tidak berselerak dan boleh mengelakkan risiko jatuh akibat lantai yang licin. Namun kesan jangka pendek, psikologi si abang telah terganggu yang menjangkakan dapur itu BAHAYA untuk dimasuki sebab wujudnya HANTU.

Maka, bawakan pemikiran ibu bapa ke belakang sejenak. Pernahkah di kalangan ibu bapa menggunakan kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda? Adakah anda pasti yang anda menggunakan teknik yang BETUL dalam mendidik anak-anak anda? Bagaimana harus anda perolehi teknik SEBENAR dalam mendidik anak-anak anugerah Allah ini?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dapatkan "Panduan Mendidik Anak" yang mengupas secara terperinci dan komprehensif tentang tip-tips dan teknik-teknik serta panduan berguna dalam membentuk anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini apa yang anda perlu buat hanya KLIK PADA e-BOOK DI BAWAH - PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG!!!

Sunday, June 13, 2010

Pentingnya Sarapan

Tidak mengira usia, dewasa atau kanak-kanak, sarapan merupakan rutin terpenting setiap hari. Tenaga diperlukan untuk memulakan tugasan harian. Namun bagaimanakah tenaga itu harus dijana oleh tubuh andai kekurangan sumber? Maka tidak dapat dinafikan begitu pentingnya sarapan kepada tubuh untuk emmbantu kesejahteraan fizikal dan mental.


Menu Pilihan
Makan apa sahaja makanan adalah lebih baik jika dibandingkan tidak mengambil sarapan langsung. Namun jangan jadikan itu alasan untuk anda memilih apa sahaja makanan kegemaran anda tanpa mengambil kira kesannya kepada kesihatan anda sendiri. Elakkan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi bagi menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Senarai Menu yang sesuai ketika Bersarapan
Bijirin (Roti & bijirin segera)
Protein (daging & kekacang)
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Susu Rendah Lemak, keju dan Yogurt (dadih)

Idea Sarapan yang boleh anda Ikuti
Telur dadar
French Toast, lempeng (cuba campurkan dengan bijirin lain)
Bijirin segera dengan susu segar sejuk
Bijirin segera seperti oatmeal dan dicampur dengan kekacang, buah-buahan kering seperti kismis atau buah segar
Roti bijirin bakar, bagel atau muffin
Yogurt atau dadih yang dihidangkan dengan bersama kacang dan buah-buahan
Smoothie buah-buahan seperti strawberry smoothie


HyProBulkSMS

HoneyBunny ingin memperkenalkan satu produk pasaran Affiliate yang telah HoneyBunny ceburi. Produk ini bukan sahaja satu produk yang bagus untuk mempromosikan barangan / perkhidmatan syarikat / individu yang menjalankan bisnes bahkan melalui sistem pemasarannya mampu mendatangkan sumber kewangan yang lumayan kepada affiliator dan penggunanya. Bagi entri ini HoneyBunny akan memperkenalkan secara terperinci mengenai HyProBulkSMS.

Penerangan ini akan terbahagi kepada 4 pecahan;
  • Produk,
  • Pengguna,
  • Pengasas / Syarikat, dan
  • Pelan Pemasaran
Penguasaan tentang 4 perkara di atas penting supaya mengelakkan diri anda dari terjebak dengan kegiatan yang negatif dan apa2 yang boleh melanggar syarak. Dalam kita mengejar dunia jangan pula kita menyesarkan akhirat. Sebab apa2 yang dilakukan di atas muka bumi Allah ini, InsyaAllah telah dijanjikan balasannya..tanggungjawab kita untuk memastikan balasan itu balasan yang baik bukan sebaliknya.



PRODUK

Apakah HyProBulkSMS?
HyProBulkSMS merupakan satu sistem hebahan SMS Pukal (BULK) melalui Internet. Sistem ini sangat mudah, praktikal dan efektif serta dapat menjimatkan wang.

Fungsi
Sistem HyProBulkSMS ini sesuai digunakan untuk tujuan PROMOSI, PENGIKLANAN dan HEBAHAN kepada kumpulan yang anda sasarkan. Anda boleh menghantar bukan sahaja SMS, malahan MMS, WAP PUSH, FLASH MESSAGE kepada semua rangkaian Telekomunikasi Tempatan & Antarabangsa dengan satu kadar rata iaitu serendah 9 SEN dengan hanya 1 KLIK sahaja. TERMURAH berbanding Syarikat TELCO yang sedia ada di Malaysia! Inilah kehebatan HyProBulkSMS!!!

Usah risau, usah gusar sekiranya anda tiada atau kurang berkemahiran dalam penggunaan Internet kerana Latihan Komprehensif yang disediakan adalah mudah dan ringkas untuk difahami.

Ciri-ciri HyProBulkSMS
  • SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID Penghantar
  • SMS Delivery Report (Ketahui status penghantaran mesej)
  • Personalized SMS
  • Multilanguage SMS lebih panjang (lebih 160 patah perkataan)
  • Menghantar SMS
  • Menghantar Kad Perniagaan (Business Card)
  • Hantar Reminder / Scheduler (cth: boleh set tarikh untuk ucap harijadi, bayar yuran dll.)
  • Buku Telefon Peribadi (Simpanan nombor telefon mengikut kategori)
  • Status Laporan SMS dan Laporan Promosi
  • Mobile Number Grabber (Software mengumpul nombor telefon)
  • Text2Speech (Menukar teks ke suara,dan menghantar MMS kepada penerima)
  • Character Counter
  • "Sender ID" anda sendiri (anda boleh menetapkan seberapa banyak "Sender ID".)

Pakej Sistem HyProBulkSMS


Pakej Kredit SMS

Pakej Kredit SMS yang ditawarkan oleh HyProBulkSMS:
  • PAKEJ A : 500 SMS : RM 75 (15 Sen/SMS)
  • PAKEJ B : 1000 SMS : RM 120 (12 Sen/SMS)
  • PAKEJ C : 2000 SMS : RM 220 (11 Sen/SMS)
  • PAKEJ D : 3000 SMS : RM 300 (10 Sen/SMS)
  • PAKEJ E : 4000 SMS : RM 360 (9 Sen/SMS)
(Setiap kadar tersebut ada kadar rata ke semua talian sama ada di Malaysia @ Overseas)


PENGGUNA


Siapakah yang memerlukan BULK SMS?

  • AGEN MLM - seperti Hi-O, CNI, DCL, BioAsli dan sebagainya boleh menggunakan sistem SMS ini untuk mempromosi dan peringatan tentang belian bulanan.

  • AGEN INSURAN - Ucapan, khidmat susulan, peringatan pembayaran dll.

  • SYARIKAT PENERBITAN - tujuan mempromosikan produk / hasil kerja / tulisan terbaru.

  • HOSPITALITI - Memaklumkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan promosi perkhidmatan.

  • PENDIDIKAN - Tip-tip dan panduan, peringatan kelas tambahan atau promosi pusat tuisyen, SMS perubahan jadual, SMS promosi kursus.

  • PELANCONGAN - Maklumat info lokasi dan tempat menarik.

  • HIBURAN - Ringtones, Wallpaper, kuiz dan sebagainya.

  • PENGANGKUTAN - Maklumat pelepasan, jadual, dan sebagainya.

  • PERDAGANGAN - Jual-beli, promosi, pengesahan belian / jualan dan sebagainya.

  • KORPORAT - Maklumat, promosi, web-promotion, bisnes info dan sebagainya.

  • PERSATUAN BELIA / POLITIK / PENDUDUK / RELA / JKP / KRT / KELAB - Penyebaran info aktiviti, program, kempen, mesyuarat, kursus dan sebagainya.

  • AHLI POLITIK - Penyebaran info aktiviti, program, kempen, mesyuarat, tazkirah dan sebagainya.

  • PENGGUNAAN UMUM - Ucapan, jemputan, doa, dan lain-lain untuk kawan, keluarga dan sebagainya.


    Perkhidmatan BULK SMS sememangnya sangat efektif dalam proses hebahan. Ia akan memberikan kelebihan kepada golongan PENIAGA / PENGUSAHA misalnya, bagi mempromosikan produk terbaru kepada pelanggan.

    Pihak SEKOLAH juga mampu menjimatkan kos bilamana dengan hanya 1 KLIK sahaja hebahan info / maklumat boleh disampaikan secara efektif kepada ibubapa/penjaga pelajar.

    INDIVIDU
    seperti anda yang bukan tergolong dalam kumpulan di atas juga boleh menggunakan sistem ini untuk tujuan menjemput tetamu ke majlis2, ucapan perayaan yang telah di setting awal untuk dihantar pada tarikh2 tertentu biarpun ketika itu anda tidak duduk menghadap PC, dan SMS harian dengan hanya kadar rata serendah 9 Sen ke semua talian komunikasi dalam negara atau luar negara.

Contoh SMS:



HyProBulkSMS ditubuhkan pada 12 JUN 2008 oleh 100% BUMIPUTERA yang telah didaftarkan dengan SSM sebagai:

HYPERNET RESOURCES (001773825-M)
No. 92, Jalan PJU 8/5A,
Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03-77101330
Fax No. : 03-77102330

Jenis Perniagaan yang didaftarkan:

Perniagaan Jual Beli Teknologi Maklumat & Komunikasi, Pengiklanan di Laman Web, Kursus & Latihan dan Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat.

Pengarah HYPERNET RESOURCES terdiri dari:

EN. MOHD. FAIZAL BIN ZAINAL
Pengarah Urusan & Kewangan
HP : 016-6050354
YM : faizalz7

EN. HAIRUL NIZAM BIN HASHIM
Pengarah Pemasaran
HP : 016-2631453
YM : tuksidang

EN. MOHD. FAREEZ BIN ZAINAL
Pengarah Pentadbiran
HP : 018-3885839
YM : mfareezz

Panduan lokasi syarikat seperti di bawah:




Sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan sistem ini sebagai medium hebahan seperti yang telah digunakan oleh pasaraya besar seperti JUSCO, sistem REMINDER seperti ASTRO, KINI boleh mendapatkannya untuk menghebahkan dan mempromosikan barangan, produk dan servis anda dan rasakan kelainannya.

Menurut En. Faizal Bin Zainal dalam penampilannya melalui Bisnes Malaysia pada 24 Mei 2010 melalui maklumbalas pelanggan terdapat kenaikan sehingga 20% hasil sistem hebahan ini.

Berdasarkan info, bagi mendapatkan web hosting seperti ini pelanggan perlu membelanjakan sehingga RM 3000 - RM 4000 hanya untuk memperolehi sistemnya. Nilaian ini tidak termasuk lagi kredit untuk SMSnya.

Maka kepada sesiapa yang berminat, anda hanya perlu KLIK DI SINI

Tuesday, June 8, 2010

Program Affiliate

Salam...


Kenapa perlunya Cik HoneyBunny menyertai 'Program Affiliate' ini?

Ceritanya begini...

HoneyBunny bekerja sebagai PLV disalah sebuah institusi di bawah MARA. Gaji agak lumayan. Namun, tuntutan keperluan kos sara hidup yang agak tinggi tambahan pula HoneyBunny yang bermastautin di negeri paling sibuk utara Malaysia mendesak HoneyBunny untuk mencari alternatif menambah income.

Setelah jenuh mengkaji beberapa bulan dan mendapatkan sedikit sebanyak ilmu yang mungkin akhirnya HoneyBunny memilih affiliate program. Program ini tidak memerlukan HoneyBunny untuk bertemu pelanggan di mana memang HoneyBunny sedar itu di luar kemampuan dan komitmen HoneyBunny.

Atas saranan kawan yang telah lama menceburkan diri dalam program sebegini jadi HoneyBunny tanpa menoleh kebelakang membangunkan satu blog khas untuk tujuan itu. Harapan HoneyBunny semoga pengunjung mendapat panduan berguna dari blog ini.

Dan ingatlah wahai pengunjung yang dihormati.."

Tidak ada sesiapa yang mampu mengubah kita melainkan diri kita sendiri"

e-BOOK : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

e-BOOK : Panduan MUET

e-BOOK : Panduan Dekorasi

e-BOOK : Panduan Pengurusan Masa Cemerlang

e-BOOK : Panduan Membina Keluarga Bahagia

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP