HyProBulkSMS...Penyelesaian Kepada Masalah Kewangan Anda!!!

Komisyen 100%

Tuesday, June 15, 2010

Panduan & Teknik Mendidik Anak Cemerlang

Anak-anak merupakan salah satu dari anugerah terindah dari Allah kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Setiap daripada ibu bapa yang telah diamanahkan dengan anugerah indah ini diberatkan untuk membimbing insan kecil ini sehingga menjadi khalifah yang cemerlang. Ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat mencorakkan warna-warna indah terhadap kehidupan anak-anak.

Dasar-dasar keibubapaan telah jelas diutarakan oleh rujukan utama kita Al-Quran & As-Sunnah. Sepertimana Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Sebaik-baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat pada orang lain.."
Riwayat Bukhari & Muslim

Dasar utama keibubapaan di dalam Islam adalah untuk membina anak-anak yang cemerlang. Anak-anak ini yang kemudiannya akan membawa warisan agama yang dikagumi dihormati dan menjadi contoh kepada semua manusia sejagat.


Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Andai diajukan soalan ini kepada ibu bapa, nyatanya jawapan yang diberikan berbeza-beza dan sangat subjektif. Keadaan berlaku kerana ramai ibu bapa kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hakikatnya tiada satu modul yang telah dibangunkan khas untuk pendidikan anak-anak. Rata-rata ibu bapa mempunyai fahaman dan budaya sendiri dalam isu mendidik anak-anak. Paling membimbangkan bila mana kebanyakan ibu bapa mengambil pendekatan mudah tanpa mengambil kira kesan kepada anak-anak untuk jangkamasa panjang.

Mungkin ada di kalangan ibu bapa pernah bersemuka dengan senario-senario berikut bila berdepan dengan anak-anak dalam kehidupan sehari-harian.


Situasi 1: Di meja makan

Pesan si ayah kepada anak kecilnya, "Kakak..habiskan nasi dalam pinggan tu...kalau tak abah tak bagi tengok T.V.." Ujar si bapa kepada anak kecilnya. Jika dilihat dari perspektif pembaziran, tindakan si bapa harus dipuji kerana mengajar anaknya mengamalkan jimat cermat kerana kita akur pada keadaan membazir itu amalan syaitan. Namun untuk jangka masa panjang ianya boleh mendatangkan masalah obesiti kepada si anak kecil . Keadaan ini berlaku kerana tanpa disengajakan satu 'mindset' telah tertanam dalam minda anak kecil itu tadi bahawasanya "apabila makan, MESTI kena dihabiskan!"


Situasi 2: Di rumah

Pn. Liza seorang suri rumah sepenuh masa. Melayan karenah anak-anak kecil yang sedang aktif bermain sangat memenatkan. Anak sulung yang berusia 5 tahun bijak bertindak sebagai abang cuba membantu menjaga 2 orang adiknya. Jadi bila adik dahaga si abang cuba meringankan kerja ibunya dengan ke dapur untuk mengambil minuman untuk si adik. Tapi niat baiknya kadang-kadang menambahkan kerja Pn. Liza. Masakan tidak. Asal tuang minuman banyaklah yang tumpah ke lantai. Sekali sehari mungkin boleh diterima. Tapi andai 5-6 kali sehari makin bertambah kerja. Maka bagi mengelakkan si abang sibuk di dapur Pn. Liza mengadakan cerita. "Abang duduk la dapur lama-lama, ada hantu kat sana...TAKUTTTTT!!!!" penuh beremosi Pn. Liza bercerita ditambah dengan kesan bunyi khas....Maka abang yang berani mulai takut. Kesan jangka pendek; rumah tidak berselerak dan boleh mengelakkan risiko jatuh akibat lantai yang licin. Namun kesan jangka pendek, psikologi si abang telah terganggu yang menjangkakan dapur itu BAHAYA untuk dimasuki sebab wujudnya HANTU.

Maka, bawakan pemikiran ibu bapa ke belakang sejenak. Pernahkah di kalangan ibu bapa menggunakan kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda? Adakah anda pasti yang anda menggunakan teknik yang BETUL dalam mendidik anak-anak anda? Bagaimana harus anda perolehi teknik SEBENAR dalam mendidik anak-anak anugerah Allah ini?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, dapatkan "Panduan Mendidik Anak" yang mengupas secara terperinci dan komprehensif tentang tip-tips dan teknik-teknik serta panduan berguna dalam membentuk anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kini apa yang anda perlu buat hanya KLIK PADA e-BOOK DI BAWAH - PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG!!!

0 comments:

e-BOOK : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

e-BOOK : Panduan MUET

e-BOOK : Panduan Dekorasi

e-BOOK : Panduan Pengurusan Masa Cemerlang

e-BOOK : Panduan Membina Keluarga Bahagia

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP