HyProBulkSMS...Penyelesaian Kepada Masalah Kewangan Anda!!!

Komisyen 100%

Sunday, June 13, 2010

Pentingnya Sarapan

Tidak mengira usia, dewasa atau kanak-kanak, sarapan merupakan rutin terpenting setiap hari. Tenaga diperlukan untuk memulakan tugasan harian. Namun bagaimanakah tenaga itu harus dijana oleh tubuh andai kekurangan sumber? Maka tidak dapat dinafikan begitu pentingnya sarapan kepada tubuh untuk emmbantu kesejahteraan fizikal dan mental.


Menu Pilihan
Makan apa sahaja makanan adalah lebih baik jika dibandingkan tidak mengambil sarapan langsung. Namun jangan jadikan itu alasan untuk anda memilih apa sahaja makanan kegemaran anda tanpa mengambil kira kesannya kepada kesihatan anda sendiri. Elakkan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi bagi menghindari daripada risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Senarai Menu yang sesuai ketika Bersarapan
Bijirin (Roti & bijirin segera)
Protein (daging & kekacang)
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Susu Rendah Lemak, keju dan Yogurt (dadih)

Idea Sarapan yang boleh anda Ikuti
Telur dadar
French Toast, lempeng (cuba campurkan dengan bijirin lain)
Bijirin segera dengan susu segar sejuk
Bijirin segera seperti oatmeal dan dicampur dengan kekacang, buah-buahan kering seperti kismis atau buah segar
Roti bijirin bakar, bagel atau muffin
Yogurt atau dadih yang dihidangkan dengan bersama kacang dan buah-buahan
Smoothie buah-buahan seperti strawberry smoothie


0 comments:

e-BOOK : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

e-BOOK : Panduan MUET

e-BOOK : Panduan Dekorasi

e-BOOK : Panduan Pengurusan Masa Cemerlang

e-BOOK : Panduan Membina Keluarga Bahagia

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP